KUALA LUMPUR: Seramai 10 individu termasuk tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom ditahan semula oleh pihak polis bagi disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Daripada jumlah itu, tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, 10 daripada 18 individu itu sebelum ini telah direman bagi siasatan lanjut di bawah akta senjata api, namun kini ditahan semula di bawah Sosma.
Beliau berkata, tiga tahanan warga asing itu disambung tahanan mengikut mengikut Seksyen 130v (1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.
“Reman melibatkan tiga individu itu sebelum ini di bawah Akta Senjata api telah tamat semalam (Khamis).
"Kita menahan mereka untuk 28 hari lagi mengikut Sosma bagi siasatan lanjut dijalankan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, dekat sini pada Jumaat.
Terdahulu, Rusdi menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras baharu antara Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dan Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban Singh.
Mengulas lanjut, Rusdi berkata, tangkapan keseluruhan melibatkan kes Shalom itu adalah sebanyak 18 orang.
Jelas beliau, seramai 13 individu dalam tahanan polis pada masa ini, manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.
Selain itu kata beliau, tiga individu telah dituduh di mahkamah iaitu dua di Mahkamah Kuala Lumpur dan dua lagi di Mahkamah Sesyen Klang.
Rusdi berkata, mereka yang masih ditahan ditempatkan di beberapa lokasi dan kebanyakannya di lokasi berpusat di Sentul.
Ditanya mengenai pemilikan pasport membabitkan tiga tangkapan warga asing itu, Rusdi berkata, kesemuanya mempunyai pasport sah.
Malah menurutnya, ada antara mereka terlibat dalam perniagaan di negara ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 19 2024
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, 10 daripada 18 individu itu sebelum ini telah direman bagi siasatan lanjut di bawah akta senjata api, namun kini ditahan semula di bawah Sosma. - Gambar/ Sinar Harian
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Lelaki Israel miliki senjata api, 200 peluru didakwa esok
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.
Empat individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel, ditahan - KPN
Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.
Persaingan kumpulan mafia mungkin hanya alasan, motif sebenar lelaki Israel masih disiasat
Usaha PDRM ketika ini adalah menentukan motif sebenar saspek, selain memburu lebih daripada dua lagi individu lain bagi membantu siasatan
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.